Index»
borang
»
di
»
elektronik
»
isi
»
malaysia
»
mesir
»
pelajar
»
wajib
»
Pelajar Malaysia Di Mesir Wajib Isi Borang Elektronik

Pelajar Malaysia Di Mesir Wajib Isi Borang Elektronik
Jumat, 20 Desember 2013

Kesemua 3,300 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir mula di bawa pulang ke tanah air bermula Selasa malam menggunakan pesawat komersial.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mula membuat tempahan tiket penerbangan berikutan situasi semasa di Mesir yang semakin kritikal.
Menurut Najib, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah memberi maklumat terkini berhubung situasi semasa yang kini dilihat semakin buruk dan membimbangkan.
Beliau berkata proses pengurusan membawa pulang kesemua pelajar terbabit sedang giat dijalankan dan ia dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
“Mulai pada malam ini (Selasa) kita akan tempah tiket-tiket tertentu dalam penerbangan awam melalui Aman dan Istanbul dan beberapa tempat yang lain untuk membawa balik pelajar-pelajar kita.
“Saya juga telah berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran supaya kitra ambil tindakan dengan Universiti Azhar bagi menentukan kaedah peperiksaan selanjutnya bagi mereka yang kembali ke tanah air,” ujar Najib dalam satu sidang media selepas menghadiri majlis terbuka Aidilfitri annjuran Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya semalam.
Jelas Najib, urusan membawa pulang itu hanya membabitkan pelajar sahaja manakala rakyat Malaysia yang berada di Mesir atas urusan perniagaan perlu pulang menggunakan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan sudah mengedarkan borang elektronik kepada pelajar Malaysia di Mesir.
Ia bertujuan menyediakan satu pengkalan data bagi memudahkan pengurusan membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di sana berjalan dengan lancar.
Kepada para pelajar Malaysia yang berada di Mesir, anda boleh mendapatkan borang elektronik tersebut menerusi laman rasmi Facebook, Education Malaysia Egypt
(https://www.facebook.com/educationmalaysiaegypt.net)
Anda juga boleh terus ke link yang kami lampirkan ini.
Borang Elektronik – Pendaftaran Evakuasi 2013
Oleh: HARITS ASYRAF
Related Posts : borang,
di,
elektronik,
isi,
malaysia,
mesir,
pelajar,
wajib
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar